RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN LENGKAP
1. MATEMATIK ASAS
Tarikh : 1 November 2022
Hari : Selasa
Masa : 9:30 am - 10:00 am
Umur : 4-6 Tahun
Bil. Pelajar : 15 orang
Modul : asas
Tema : -
Subtema : -
Tajuk : Mengenal dan mengecam nilai wang
Tunjang Utama : Tunjang Sains dan Teknologi (Matematik Awal)
Fokus : MA 4.0 Nilai wang
S. Kandungan : MA 4.1 Mengecam dan menggunakan wang yang berlainan nilai
S. Pembelajaran: MA 4.1.1 Mengecam mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas
Kesepaduan Tunjang : Tunjang Komunikasi
Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat:
i. Mengecam mata wang dalam bentuk syiling dan wang kertas
ii. Menyebut nilai wang dalam bentuk syiling dan wang kertas
Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak sudah pernah
i. Melihat dan menggunakan wang kertas dan syiling
Bahan Bantu Mengajar : Wang kertas dan syiling, lembaran kerja dan pensil warna
Kemahiran berfikir : Menjana idea
Penerapan nilai : Tekun dan Cermat
Langkah/Masa | Isi Pembelajaran | Aktiviti Guru dan Murid | Catatan/ABM |
Set Induksi (5 minit) |
Menonton video lagu nombor ‘ Mengenal nombor 1-10’
Menyanyikan lagu ‘Mengenal nombor 1-10” |
1. Guru menayangkan video lagu “Mengenal nombor 1-10’ kepada murid 2. Guru dan murid bernyanyi bersama-sama sambil menonton video
|
BBM: Video lagu ‘Mengenal 1-10’ PN · Bersemangat · Tekun |
Langkah 1 (10 minit) |
Menunjukan duit syiling dan wang kertas yang betul kepada murid
Menyebut nilai wang kertas dan syiling
|
1. Guru menanyakan kepada murid apakah yang ditunjukan oleh guru kepada murid 2. Murid menjawab soalan guru 3. Guru menyebut nilai wang kertas dan syiling mengikut nilai yang betul 4. Murid menyebut selepas guru nilai wang 5. Guru bersoal jawab dengan murid dan meminta murid menyebut nilai wang yang ditunjukan oleh guru secara rawak |
BBM: wang kertas dan syiling PN
· Tekun · Berkeyakinan
|
Langkah 2 (10 minit) | Mewarnakan nilai wang yang betul mengikut gambar
| 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid 2. Guru menerangkan cara melakukan aktiviti 3. Murid menyiapkan lembaran kerja masing-masing 4. Guru duduk bersama murid sambil mengawasi dan membimbing murid melakukan aktiviti | BBM: Lembaran kerja dan pensil warna
PN: Tekun Yakin
|
Penutup ( 5 minit ) | Menceritakan semula apa yang dipelajari
Memuji dan mengucapkan terima kasih | 1. Guru mengumpul semua hasil kerja murid yang telah siap 2. Murid diminta diminta memberi penghargaan terhdapa hasil kerja rakan 3. Guru menilai hasil kerja murid 4. Guru meminta murid menyebut semula nilai wang kertas dan syiling mengikut nilai wang yang betul 5. Murid menyebut semula nilai wang kertas dan syiling mengikut nilai wang yang betul
| BBM: Hasil kerja PN: Berani |
Comments
Post a Comment