TIPS MENGAWAL ANAK KETAGIH GAJET





Tips mengawal anak daripada ketagih.

Memang tidak dinafikan dari satu pandangan, pemberian gajet kepada kanak-kanak boleh menyebabkan pelbagai permasalahan kepada perlakuan kanak-kanak, seperti perlakuan anti-sosial, sebagai contoh.

Namun jika dilihat disebaliknya, iPad juga turut boleh membantu kanak-kanak belajar; jika digunakan dengan sewajarnya dan diawasi. Ia juga turut boleh mengajar kanak-kanak cara untuk berkomunikasi jika ibubapa memanafaatkan sepenuhnya.

 

1.  Contoh Melalui Teladan

Jika anda selaku ibubapa seringkali menggunakan gajet setiap masa di hadapan kanak-kanak, adalah sukar untuk mereka memahami mengapa mereka tidak patut menggunakan gajet setiap masa. Bak kata pepatah Melayu, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Jadi, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengurangkan penggunaan gajet di hadapan anak-anak anda. Tunjukkan melalui teladan bahawa anda sendiri kurang menggunakan gajet, barulah mereka berasa lebih adil dan mudah menerima.


2.  Memperkenalkan Peraturan Untuk Penggunaan Gajet

Sekiranya anak-anak dibiarkan bermain dengan gajet sepanjang masa tanpa peraturan, pelbagai masalah mungkin timbul. Masalah seperti bateri habis, dibiarkan merata, dicampakkan ke sana-sini, dan pelbagai lagi masalah mungkin timbul. 

Jadi kita perkenalkan peraturan untuk menggunakan gajet. Sebagai contoh:

·       Tetapkan tempat untuk bermain gajet. Seperti di ruang tamu sahaja. Jangan benarkan anak anda bawa gajet tersebut keluar dari tempat yang telah ditetapkan.

·       Tetapkan tempat untuk bermain gajet. Seperti di ruang tamu sahaja. Jangan benarkan anak anda bawa gajet tersebut keluar dari tempat yang telah ditetapkan.

·       Tetapkan tempat untuk bermain gajet. Seperti di ruang tamu sahaja. Jangan benarkan anak anda bawa gajet tersebut keluar dari tempat yang telah ditetapkan.


3. Tetapkan Tempat Untuk Bermain Gajet

Seperti di ruang tamu sahaja. Jangan benarkan anak anda bawa gajet tersebut keluar dari tempat yang telah ditetapkan.

Tentukan masa yang spesifik anak-anak boleh bermain gajet. Masa seperti waktu makan dan waktu membuat kerja sekolah adalah dilarang sama sekali. Masa sebelum waktu tidur juga turut tidak dibenarkan kerana terdapat permainan-permainan di dalam gajet yang boleh menyebabkan kanak-kanak semakin bersemangat lalu menyebabkan mereka sukar tidur.


4. Tetapkan tempat untuk bermain gajet.

Seperti di ruang tamu sahaja. Jangan benarkan anak anda bawa gajet tersebut keluar dari tempat yang telah ditetapkan.

Kanak-kanak, jika dibiarkan bermain gajet, memang akan berlarutan. Kalau dibiarkan, memang sampai tengah malam pun belum tamat. Jadi kita perlu menetapkan masa mereka bermain, dan ajar mereka sejak dari kecil lagi agar mematuhi peraturan tersebut.

Sebagai contoh, gunakan jam randik atau jam loceng untuk menetapkan masa menggunakan gajet. Tetapkan sejam, atau dua jam; dan sebaik sahaja jam tersebut berbunyi, anda perlu mengambil semula gajet tersebut. Mungkin sukar pada mulanya untuk memulakan langkah ini, tapi kaedah ini juga dipanggil conditioning.


5. Tentukan Aplikasi Jenis Apa Yang Boleh Digunakan

Kenal pasti aplikasi apa yang boleh menyebabkan anak anda leka atau menyebabkan mood mereka menjadi buruk. Kemudian buang atau kuncikan (lock) aplikasi tersebut agar mereka tidak menggunakannya lagi.

Internet browser seperti Chrome, Firefox dan lain-lain lagi perlu ditetapkan agar dipasang Child Lock. Dalam dunia internet dihujung jari ini, pelbagai kandungan yang tidak bersesuaian dengan kanak-kanak boleh didapati dengan sekali klik. Jadi pihak Google sendiri telah memperkenalkan Child Lock untuk menapis gambar atau website yang tidak bersesuaian. 


Rujukan: https://bidadari.my/kanak-kanak-dan-gajet-8-langkah-mengawal/

Comments