PERANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK KETIKA PKP

 


Penularan wabak Covid-19 yang berlarutan dan lanjutan dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mampu memberi kesan kepada pelbagai aspek emosi, fikiran dan tingkah laku individu. Tidak kurang juga ibu bapa yang memberitahu bahwa mereka lebih risau memikirkan Covid-19 berbanding masalah menguruskan keluarga di rumah dan secara tidak langsung berkemungkinan boleh menyebabkan anak-anak turut terkesan dan berasa lebih risau. Sekiranya ibu bapa dan anak berasa risau pada waktu sebegini, namun mempunyai cara yang sihat untuk menanganinya, pastinya seluruh keluarga akan menjadi lebih resilien dan mampu menghadapi situasi sekarang dan sehingga berakhirnya wabak Covid-19.



1. BERTOLAK ANSUR DENGAN KETIDAKPASTIAN

Cara menangani kerisauan bukanlah dengan menjauhkan diri daripada ketakutan, tetapi menguruskan  dan bertolak ansur dengan ketidakpastian yang ada. Sebagai ibu bapa, berusahalah untuk menjadi model menguruskan kerisauan yang baik pada anak-anak. Perlu mempunyai minda sedar dan sentiasa fokus kepada apa yang sedang berlaku dan tidak membiarkan diri dan situasi menjadi lebih buruk. Sekiranya ibu bapa sentiasa cemas, gelabah menunjukkan kebimbangan melampau dan berfikiran seolah-olahnya seperti bencana akan menimpa (catastrophic) maka sudah pasti anak-anak akan memerhati dan mengikut cara sedemikian.


2. BELAJAR UNTUK SENTIASA BERTENANG

Bijak memilih apa yang perlu dibaca dan dipelajari pada masa ini. Tidak dinafikan, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memperolehi maklumat bagi memastikan keselamatan keluarga. Namun perlu diingat, seharusnya kita berfikir jauh dalam memilih bahan bacaan atas talian yang berguna dan daripada sumber yang sahih. Selain itu, mungkin boleh ditetapkan had berapa banyak bahan bacaan yang perlu diikuti dan baca sehari. Sekiranya ibu bapa meliahat berita di media sosial yang membuatkan anda semakin gusar, hentikan seketika.


3. PERHATIKAN ANAK-ANAK, PEKA PADA PERUBAHAN EMOSI, FIKIRAN DAN TINGKAH LAKU

Anak-anak yang merasa risau dan takut mungkin tidak menunjukkan gejala yang ketara. Mereka mungkin tidak tahu bagaimana meluahkan apa yang dirasai. Sebagai ibu bapa, kita harus peka pada kepelbagaian ekpresi perasaan risau dan takut pada diri anak-anak yang boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti sukar tidur, tidak mahu berjauhan daripada ibu bapa, kerap mengamuk dan sebagainya.

Bagi anak-anak yang masih kecil dan belum berupaya untuk meluahkan perasaan mereka, ibu bapa mungkin boleh membantu dengan menggunakan carta mood bagi mengetahui apa yang dirasai oleh anak.


4. BANTU MENANGANI KERISAUAN ANAK

Ibu bapa haruslah adakah struktur harian bagi mengelakkan mereka mudah merasa bosan dan timbul kebimbangan. Pastikan kita mempunyai jadual untuk mereka sepanjang berada dirumah. Selang-selikan waktu kerja rumah atau kerja sekolah dengan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan di samping waktu untuk rehat. Berikan peluang untuk mereka bersenam dan berinteraksi dengan kawan di atas talian.


5. JADI MODEL IBU BAPA YANG TENANG

Tidak dinafikan dalam situasi ketidakpastian sekarang, ramai ibu bapa akan berasa bimbang dan risau. Sebaiknya elakkan menunjukkan kerisauan yang keterlaluan kepada anak-anak. Sekiranya anda merasa cemas dan tidak tenang cari kaedah yang sesuai dengan anda untuk membuatkannanda tenang seperti memerhatikan persekitaran dengan menggunakan deria anda atau berkongsi kerisauan dengan suami dan ahli keluarga yang lain.

Ibu bapa haruslah pandang ujian ini dari sudut yang positif. Jadikan tempoh PKP ini sebagai peluang untuk anda  melakukan sesuatu yang lebih produktif, peluang untuk menjalinkan dan merapatkan hubungan dengan anak-anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan.


Rujukan:

https://www.astroawani.com/gaya-hidup/peranan-ibu-bapa-terhadap-anak-semasa-pkp-236366


Comments