CORONA VIRUS 2019
Tips dan cara untuk membantu kanak-kanak belajar dengan baik di atas talian
Di musim Pandamik Covid-19 sedang berlangsung ini, sekolah-sekolah kini mengambil langkah untuk beralih kepada pembelajaran bersemuka seperti biasa kepada pembelajaran di atas talian. Oleh itu, para guru selalu menghadkan masa pembelajaran beberapa jam sahaja. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang lebih besar pada waktu sebegini bagi memastikan anak mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Beriku merupakan cara-cara yang ibu bapa boleh pertimbangkan untuk memudahkan pembelajaran anak mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan diadakan.
1. Sediakan Ruang Belajar
Adalah penting untuk kanak-kanak ini mempunyai satu ruang belajar sendiri walaupun mereka masih muda kerana ruang fokus ini boleh membantu mereka belajar dengan baik. Apabila anak anda memiliki kawasan sendiri ini, mereka akan lebih bermotivasi untuk menyiapkan tugas mereka. Seterusnya pastikan ruang tersebut terang dan jauh daripada apa-apa gangguan yang boleh mengalihkan perhatian mereka.
2. Elakkan Gangguan
Pada era digital kini, internet merupakan alat yang berguna untuk pembelajaran tetapi ia juga merupakan satu gangguan kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa boleh menghentikan segala penggunaan komputer atau telefon bimbit sehingga kerja rumah anak disiapkan.
3. Mengajar Mereka Kaedah Mengambil Nota
4. Muat Turun Aplikasi Pembelajaran Atau Telefonkerensi
Oleh sebab sekarang sekolah menggunakan pembelajaran atas talian, bantulah anak anda untuk memuat turun aplikasi telefonkerensi seperti Zoom, Skype atau Google Classroom. Ianya bergantung kepada guru dimana apa sahaja aplikasi yang digunakan akan menentukan kelas pada hari itu. Selalunya aplikasi ini semua tidak akan perlu dibayar tetapi pastikan anda memuat turun aplikasi ini di laman sesawang rasmi.
5. Berikan Mereka Ganjaran
Jangan kata kanak-kanak dan remaja, kita yang dewasa ini juga akan gembira dan lebih bermotivasi jika diberi ganjaran di atas pencapaian kita. Belajar di rumah ini mempunyai cabaran nya tersendiri, jadi apabila anak anda berjaya mengekalkan fokus mereka selama beberapa jam untuk belajar, berikanlah mereka ganjaran.Rujukan:
https://edureviews.com/blog/my/ms/cara-membantu-anak-anda-belajar-dengan-lebih-baik-semasa-pkp/
Comments
Post a Comment