KEBAIKAN ICT UNTUK KANAK-KANAK

 1.  MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN KEPADA KANAK-KANAK

Melalui penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak pra sekolah akan lebih mudah. Dengan penggunaan ICT di dalam kelas tahap pencapaian kefahaman murid akan lebih tinggi. Murid-murid akan lebih cepat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru dan guru akan lebih mudah untuk memberi kefahaman kepada murid. Iini kerana, melalui penggunaan ICT guru dapat mengambarkan sesuatu benda dan keadaan yang lebih tepat dan nyata dalam bentuk gambar berwarna, kejelasan suara, video dan peta minda.

Penggunaan pelbagai warna, bunyi-bunyia dan pelbagai visual akan menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas. Sesi pembelajaran akan lebih menarik dan mampu menwujudkan satu pengalaman belajar yang menyeronokkan kepada murid. Penggunaan ICT juga akan meningkatkan daya fokus murid-murid terhadap apa yang sedang diajar oleh guru. Keinginan ingin untuk belajar dalam diri murid akan lebih besar dan teruja untuk lebih tahu setiap apa yang di ajar oleh guru.


2. MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI DAN IMAGINASI

Melalui ICT mampu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid. Mengikut kajian kanak-kanak akan lebih cepat bertindak balas apabila berhadapat dengan sesuatu yang nyata dan mempunyai daya tarikan warna yang menarik, cahaya, bunyi dan gambar. Penggunaan ICT dapat mememberi gambaran sesuatu yang jelas akan membolehkan murid lebih cepat berfikir.  Seterusnya murid akan menggambarkan sesuatu dalam fikiran mereka dan berlakulah peroses penaakulan dalam pencarian definisi dan penyelesaiaan masalah sebagaimana apa yang dilhat dihadapan murid tersebut.


3. MAHIR PENGGUNAAN ICT

Kemajuan teknologi pada hari ini memperlihatkan bertapa masyarakat teruja dengan kemudahan teknologi. Boleh dkatakan setiap orang mampu dan pandai menggunakan teknologi moden terutama berkaitan ICT. Malah sesiapa yang tidak pandai dalam penggunaan ICT dikatakan sebagai ketinggalan zaman dan tidak kurang ada yang memperlekehkan.

Oleh itu, pendedahan peralatan ICT kepada kanak-kanak amat penting. Ini adalah untuk melatih kanak-kanak agar lebih mahir menggunakan kemudahan ICT. Dengan pendedahan kemudahan ICT kanak-kanak hari ini akan lebih bijak mengunakan internet dalam mencari maklumat dan mengurangkan salah guna ICT.




Rujukan:

http://msubecekt.blogspot.com/2015/05/kebaikan-dan-keburukan-ict-untuk-kanak.html

Comments