KEBURUKAN ICT UNTUK KANAK-KANAK

 



KEBURUKAN ICT KEPADA KANAK-KANAK


1. MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN SOSIAL

Kecerdasan interpersonal mereka akan terbantut yang mana mereka hanya memikirkan mengenai permainan komputer semata-semata dan mewujudkan sifat sosio-emosi kanak-kanak yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengalah. Sifat negative ini tidak sewajarnya ada dalam diri kanak-kanak. Dengan hanya bermain permainan komputer juga sekali gus akan menghilangkan tahap keyakinan diri kanak-kanak dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur dengan masyarakat bagi aktiviti luar rumah. Perkara ini juga akan memberi impak yang besar kepada kanak-kanak apabila mereka remaja dan dewasa kelak.


2.  MENJEJASKAN KESIHATAN

Seterusnya, ICT memberi impak kesihatan yang buruk kepada kanak-kanak seperti masalah penglihatan  (rabun jauh dan dekat), kekurangan zat makanan  disebabkan terlalu fokus kepada game sehingga mereka mengabaikan  masa makan yang boleh membawa maut. Sebaliknya jika mereka melayari internet sambil makan, mereka hanya akan makan makanan yang mencepatkan contohnya makanan segera  dimana akan mengakibatkan masalah kegemukan.


3. TERPENGARUH DENGAN BUDAYA TIDAK SIHAT

Sekiranya tidak dicegah,  penggunaan internet tanpa kawalan menyebabkan kanak-kanak mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka seperti bahan pornografi yang begitu luas tersebar di internet. Jika kanak-kanak tersalah taip kata kunci sedikit sahaja dan terbuka lawan web tersebut kanak-kanak akan terus melihat.  Kerana sudah menjadi fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang begitu tinggi. Sebab itulah kanak-kanak sekarang banyak mengetahui perkara yang tidak sepatutnya dan pastikan akan meniru perkara negative itu tanpa mengetahu baik buruk dan kesan perkara tersebut seperti meniru aksi lucah yang boleh menjejaskan pemikiran mereka.


4.  KECELARUAN PENGGUNAAN BAHASA

Kebanyakan pengguna internet tidak menghiraukan akan laras bahasa yang betul semasa mereka menulis. Mereka sering menggunakan istilah yang direka sendiri yang akan mengelirukan seterusnya menjadi ikutan kepada kanak-kanak.  Jika tiada pemantauan oleh ibu bapa, kanak-kanak ini akan terus mengunakan bahasa yang salah ini disepanjang hidupnya. Akibat yang paling ditakuti adalah mereka menggunakan kata-kata kesat yang mereka dengar untuk berinteraksi dengan orang lain.


5. KESAN KEPADA SIKAP

Menurut Healy dalam buku keluaran CAP kanak-kanak yang terlalu banyak menonton televisyen boleh menurunkan prestasi akademik terutamanya dalam keupayaan membaca. Membaca memerlukan kedalaman atau pemerosesan tetapi 'fikiran dua minit' kanak-kanak daripada menonton terlalu banyak televisyen dengan mudah menjadikannya kurang sabar dengan kegiatan yang memerlukan pembacaan. Menonton televisyen adalah komunikasi sehala di mana kanak-kanak akan menjadi pasif.

Kanak-kanak menjadi leka dan sifat malas semakin meningkat. Perkara inilihat saja kanak-kanak zaman sekarang pergi ke mana-mana pasti akan ada permainan di tangan. Apalagi kalau bukan I-Pad, Tablet dan telefon bimbit. Oleh disebabkan itu, kanak-kanak kurang memberikan tumpuan di dalam pelajaran kerana otak mereka sentiasa memikirkan permainan yang ada di dalam tablet mereka.


Rujukan:

http://msubecekt.blogspot.com/2015/05/kebaikan-dan-keburukan-ict-untuk-kanak.html

Comments